Amalan Pemakanan Nabi: Sihat dan Berkhasiat
Setiap tatacara dalam kehidupan kita seharusnya berpandukan al Quran dan as Sunnah. Hal ini kerana kedua- duanya merupakan batu asas yang menjadi pegangan kita sebagai umat Islam. Sunnah Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Dalam hal berkaitan pemakanan sekalipun, Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat mengambil manfaat daripadanya. Pemakanan baginda lebih banyak mengambil daripada jenis biji- bijian, sayur- sayuran dan buah- buahan. Sebagai umat Islam, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang telah dipamerkan oleh Rasulullah SAW kerana corak pemakanan baginda adalah sihat dan berkhasiat seperti mana yang disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini. Hal ini terbukti dari sudut pandangan sains bahawa pemakanan yang berasaskan bijirin, buah- buahan dan sayur- sayuran adalah baik dijadikan amalan.
Menyoroti sejarah, Nabi Muhamad SAW biasa memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum yang telah diproses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains semasa membuktikan bahawa mereka yang memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap penyakit jantung kerana vitamin E yang terkandung didalamnya menyebabkan hati akan mengeluarkan kadar kolesterol yang rendah. Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, " Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut- turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar". Pemakanan berasaskan bijian- bijian sempurna sememangnya berkhasiat kerana ia amat penting bagi kesihatan jantung di samping berkhasiat untuk mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser. Mengikut satu kajian yang dibentangkan di International Conference on Food, Nutrition and Cancer, biji- bijian sempurna adalah kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan di samping mencegah kanser. Di samping itu, satu kajian yang telah dijalankan oleh Havard School of Public Health dari tahun 1984 hingga 1996 ke atas 74 000 orang wanita menunjukkan bahawa wanita yang mengambil biji- bijian sempurna dalam diet mereka secara berterusan mempunyai berat badan yang rendah berbanding mereka yang tidak mengambil biji- bijian sempurna. Justeru itu, bagi mereka yang ingin mengekalkan berat badan yang sihat dinasihatkan oleh pakar pemakanan agar mengambil makanan yang berasaskan biji- bijian yang sempurna.
Dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, buah tamar memang tidak dapat dipisahkan lagi. Buah tamar dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, "Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging". Ini menunjukkan, buah tamar sentiasa menjadi hidangan penting bagi nabi dan baginda amat menggemarinya. Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, "Aku melihat Rasulullah mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya". Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat- zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Nabi juga memakan buah- buahan lain seperti tembikai. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, "Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Di samping itu, Rasulullah juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber). Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan. Kebanyakan buah- buahan dan sayur- sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.
Oleh itu, pengambilan biji-bijian sempurna, buah- buahan dan sayur- sayuran yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan melalui kajian sains semasa akan kelebihannya. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap dan kelangsungan hidup yang bermutu.
Aidilfitiri, Ramadhan dan Peningkatan Diri
Begitu pantas masa berlalu, Ramadhan sudahpun meninggalkan kita, bak kata pepatah yang datang pasti akan pergi. Bulan yang menjanjikan seribu macam keistimewaan itu sudah berlalu pergi dan seiring dengan itu pula kita menyambut kedatangan Aidilfitri. Kita raikan Aidilfitri dengan takbir, tasbih dan tahmid, iaitu bulan yang sering kita kaitkan dengan bulan kemenangan.
Namun sepanjang menyambut Aidilfitri selama hayat kita, pernahkah kita bertanya, apakah sebenarnya yang kita raikan? Apakah hakikat sebenar di sebalik sambutan Aidilfitri tersebut. Sesungguhnya, yang kita raikan pada hakikatnya ialah diri kita sendiri sebagai seorang Muslim yang hidup di atas panji Islam. Kita raikan anugerah terbesar pemberian Allah iaitu Islam, iaitu agama yang telah memuliakan kita, memberi harga diri kepada kita, dan yang telah memelihara martabat kemanusiaan kita. Islam itu adalah agama yang telah disempurnakan oleh Allah, Islam yang menjadi penyempurna nikmat Allah kepada kita, dan Islam yang telah diredhaiNya sebagai jalan hidup. Maka pada saat kita menyambut dan meraikan Aidilfitri, inilah yang kita raikan dan wajar bagi kita untuk memperbanyakkan pujian ke atas Allah di atas nikmat ini.
Menerusi Islamlah kita terpelihara daripada menjadi hamba kepada dunia, nafsu dan harta benda. Dengan Islam juga kita bebas merdeka daripada menjadi hamba kepada sesama manusia. Islam jugalah yang menjadikan kita berdiri mulia, walaupun di saat umat Islam dihina, ditindas dan dipijak hampir di setiap pelusok dunia ini.
Bahkan Islam itu juga menjadikan kita gigih dan cekal untuk terus bertahan walaupun diasak dari segenap sudut. Ditindas hak asasi kita sebagai manusia yang bertunjangkan Islam, ditindas pemikiran kita, ditindas semangat perjuangan kita, ditindas ekonomi kita, ditindas hak kemasyarakatan kita, diputar-belitkan siasah serta dikelirukan jatidiri kita, dan kita ditindas pada setiap sudut kehidupan yang ada. Tetapi pernahkan kita merasakan Islam yang kita genggam erat ini semakin longgar atau terkulai layu? Tentu tidak sama sekali. Bahkan tekanan itulah yang menjadikan kita semakin yakin bahawa ianya adalah ujian untuk orang beriman dan juga sunnatullah yang menjanjikan kemenangan mutlak bagi mereka yang berjaya menempuhnya. Kerana kita yang dianugerahkan kemanisan iman tidak akan bertolak-ansur dengan prinsip Islam, malah perintah Allah kita junjung dan julang dengan lebih tinggi dan bersemangat, dan menjadi lebih tegas dan berani memuliakan Islam. Semuanya ini adalah kerana kita sedar bahawa di saat meraikan Aidilfitri adalah saat yang sesuai untuk diisi dengan kefahaman yang mantap dan semangat juang yang tinggi. Iaitu semangat mahu melihat kalimah Allah itu ditinggikan mengatasi segala yang lain.
Kekuatan ini sebenarnya dijana menerusi ibadah puasa yang telah ditempoh dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh selama sebulan. Seiring dengan menyambut Aidilfitri, kita juga tidak seharusnya lupa untuk menilai sejauh manakah kita telah mengisi Ramadhan yang telah berlalu pergi dengan ibadah yang cukup bagi memungkinkan kita dianugerahkan keampunan Allah? Juga adakah kita berhasil untuk mendapat nilai taqwa sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah dalam al Quran? Persoalan-persoalan ini hanya mampu dijawab oleh kita sendiri yang terlebih mengetahui usaha dan nilai puasa yang kita lakukan. Beruntung dan bergembiralah mereka yang telah bersusah payah beramal untuk meraih keampunan dan keredhaan Allah, serta berdukacita dan rugilah mereka yang lalai dan leka sepanjang Ramadhan. Jika Ramadhan yang berlalu pergi itu tidak mampu memperbaiki dan meningkatkan kualiti diri kita, maka pada bulan dan ketika manakah lagi yang boleh menjadi pendorong yang dapat mengubah diri kita ini?
Pun begitu, perlu diingat bahawa jika ibadah itu hanya di bulan Ramadhan, dengan anggapan ibadah itu seperti bermusim, maka rugilah juga kesudahannya. Sebenarnya tidak sukar untuk melihat tanda-tanda amal kebajikan kita sepanjang Ramadhan diterima atau ditolak. Jika selepas Ramadhan, taat dan patuh kita kepada Allah berkekalan, malah mampu mengubah diri menjadi manusia yang lebih baik dan berkualiti, maka itulah sebesar-besar nikmat kurniaan Allah. Tetapi jika apa yang berlaku adalah sebaliknya, maka hati-hatilah, kerana dikhuatiri kita termasuk dalam golongan yang rugi dan dihumbankan ke dalam api neraka.
Jika di bulan Ramadhan kita mampu hadir ke masjid setiap hari untuk solat fardhu dan solat sunat Tarawih, tetapi selepas Ramadhan kita hilang kemampuan untuk ke masjid walaupun untuk bersolat fardhu. Jika di bulan Ramadan kita mengekang lidah dari berkata-kata yang dusta dan sia-sia tetapi membasahi lidah dengan membaca al-Quran dan berzikir, sebaliknya selepas Ramadhan lidah itulah juga yang memaki-hamun, mengadu domba, mengupat dan menyebar fitnah, dan mata serta telinga kita diisi sepenuhnya dengan hal-hal yang membawa kemurkaan Allah. Apakah hasil dan kesan yang sebegini memungkinkan ibadah kita sepanjang Ramadhan diterima Allah. Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari termasuk dalam golongan yang sedemikian.
Sesungguhnya Ramadhan yang kita lalui itu umpama satu madrasah pendidikan yang memupuk dan menghasilkan benih taqwa. Dari benih ini akan tumbuh pula pohon taqwa yang sangat diperlukan dalam mengharungi kehidupan ini. Dan dari pohon taqwa inilah lahirnya ibadah dan akhlak mulia yang menjadi penghias diri seorang Muslim. Juga dari rimbunan taqwa yang subur inilah juga lahirnya kekuatan untuk menangkis segala hasutan dan pujuk-rayu yang boleh membinasakan seorang Muslim.
Jika Ramadhan yang dilalui tidak berupaya untuk melahirkan walau sekelumit benih taqwa, maka apakah nasib yang bakal ditempoh sepanjang tahun oleh seorang Muslim. Rupa bentuk kehidupan yang bagaimanakah bakal dibina tanpa diasaskan kepada taqwa melainkan hidup yang sentiasa mengundang padah dan malapetaka. Di mana padahnya, adalah pada iman dan Islam, dan binasanya pula adalah pada diri dan masa depan. Yang demikian itu bukan sifat orang Muslim, apatah lagi bagi mereka yang bertaqwa. Kerana sesungguhnya hanya yang bertaqwa itu ialah yang benar-benar di atas petunjuk Allah dan benar-benar beroleh kejayaan.
Maka dengan itu meraikan Aidilfitri setelah bersungguh-sungguh melaksanakan puasa Ramadhan adalah sambutan yang bukan bertujuan untuk kita bermegah dengan pencapaian keduniaan dan kebendaan. Kerana pencapaian kebendaan semata-mata dengan tidak diasaskan kepada taqwa tidak akan memberikan sebarang jaminan keselamatan sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Sangat penting untuk kita mengambil iktibar daripada peristiwa kejatuhan Baghdad di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Bagaimana pada tahun berkenaan, umat Islam telah berada di kemuncak kelalaian dan kecuaian terhadap perintah Allah SWT. Bahkan pada tahun berkenaan juga umat Islam di Baghdad terlupa untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri lantas mengqadha'nya selepas Maghrib! Maka wajar di saat itu Allah timpakan kebinasaan kepada mereka walaupun pada masa itu Baghdad adalah qiblat tamadun dan ilmu pengetahuan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pengajaran bagi mereka yang mahu menggunakan akal.
Jumaat, 11 Disember 2009
Sabtu, 5 Disember 2009
Palestin tidak akan dapat kembali ke pangkuan kaum musliminin dengan Protes dan Demonstrasi. Ia akan hanya kembali dengan menggerakkan tentera untuk mencabut entiti Yahudi.Yahudi memprovokasi kaum Musliminin di masjid al-Aqsa pagi dan petang. Kadang-kala dengan menggali bahagian bawah masjid dan kadang-kadang dengan merosakkan bahagian atasnya. Pada kesempatan yang lain provokasi terjadi dengan memberikan kesulitan ke atas umat Islam untuk melaksanakan solat, kadang-kala Yahudi memberikan izin dan kadang-kala melarang. Mereka juga meletakkan orang-orang mereka untuk mendeklarasi ritual mereka dan apabila umat Islam menghalang mereka, orang-orang Yahudi akan menembak mereka sehingga kaum Musliminin ada yang terbunuh, tercedera dan ditangkap. Sedangkan para penguasa di negeri-negeri kaum Muslimin hanya menghitung bilangan mereka yang terbunuh, tercedera dan ditangkap. Sikap ‘terbaik’ yang mereka tunjukkan hanyalah ‘mengurniakan’ kepada masyarakat keizinan untuk melakukan aksi protes dan demonstrasi menentang Yahudi tanpa penangkapan!
Hakikatnya, semua ini tidak langsung membuatkan Yahudi merasa takut atau bimbang. Ia juga tidak membuat Yahudi mundur selangkah pun. Sesungguhnya Yahudi bersama para penguasa itu memiliki catatan hitam atas Masjid al-Ibrahimi di al-Khalil. Yahudi telah membuat pembahagian yang tidak adil: pihak musuh yang menduduki tanah al-Khalil (Yahudi) boleh pergi dan bersenang-senang pagi dan petang bila sahaja yang mereka ingini sedangkan bagi penduduk al-Khalil, tempat di mana masjid al-Ibrahimi berada, pihak musuh –Yahudi- “membuat undang-undang” yang mengatur bagaimana dan bila penduduk al-Khalil boleh memasuki masjid al-Ibrahimi!
Wahai Kaum Muslimin,
Dahulu Palestin telah diduduki oleh kaum salib. Mereka membuat kerosakan di masjid al-Aqsa. Darah para syuhada kaum Muslimin menggenang di kawasan masjid sampai ke atas buku lali! Kaum salib menghancurkan mimbar al-Aqsa. Mereka menukarkan masjid menjadi tempat untuk menambatkan kuda-kuda mereka… Akan tetapi kaum Muslimin tidak menyibukkan diri melakukan aksi protes dan demonstrasi untuk membebaskan al-Aqsa. Mereka juga tidak menyibukkan diri membangunkan mimbar yang mereka buat di bawah pendudukan untuk memakmurkan al-Aqsa. Akan tetapi usaha mereka siang dan malam adalah menyiapkan pasukan, menggerakkan tentara mukmin yang benar dengan kepemimpinan Shalahuddin, wali Mesir dan Syam di bawah khilafah yang memerintah menurut apa yang diturunkan oleh Allah dan berjihad di jalan Allah.
Dahulu protes kaum Muslimin adalah dalam bentuk gempuran tentara terhadap benteng-benteng kaum salib. Demonstrasi mereka adalah berupa pukulan yang menghancurkan kepala orang-orang yang melampaui batas itu. Pidato membakar kaum Muslimin adalah teriakan takbir di medan pertempuran. Dan mimbar dimasukkan ke masjid al-Aqsa hanya pada saat pembebasannya, bukan di bawah pendudukan. Mereka menolong Allah maka Allah menolong mereka.
إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (QS al-Hajj [20]: 40)
Hakikatnya, semua ini tidak langsung membuatkan Yahudi merasa takut atau bimbang. Ia juga tidak membuat Yahudi mundur selangkah pun. Sesungguhnya Yahudi bersama para penguasa itu memiliki catatan hitam atas Masjid al-Ibrahimi di al-Khalil. Yahudi telah membuat pembahagian yang tidak adil: pihak musuh yang menduduki tanah al-Khalil (Yahudi) boleh pergi dan bersenang-senang pagi dan petang bila sahaja yang mereka ingini sedangkan bagi penduduk al-Khalil, tempat di mana masjid al-Ibrahimi berada, pihak musuh –Yahudi- “membuat undang-undang” yang mengatur bagaimana dan bila penduduk al-Khalil boleh memasuki masjid al-Ibrahimi!
Wahai Kaum Muslimin,
Dahulu Palestin telah diduduki oleh kaum salib. Mereka membuat kerosakan di masjid al-Aqsa. Darah para syuhada kaum Muslimin menggenang di kawasan masjid sampai ke atas buku lali! Kaum salib menghancurkan mimbar al-Aqsa. Mereka menukarkan masjid menjadi tempat untuk menambatkan kuda-kuda mereka… Akan tetapi kaum Muslimin tidak menyibukkan diri melakukan aksi protes dan demonstrasi untuk membebaskan al-Aqsa. Mereka juga tidak menyibukkan diri membangunkan mimbar yang mereka buat di bawah pendudukan untuk memakmurkan al-Aqsa. Akan tetapi usaha mereka siang dan malam adalah menyiapkan pasukan, menggerakkan tentara mukmin yang benar dengan kepemimpinan Shalahuddin, wali Mesir dan Syam di bawah khilafah yang memerintah menurut apa yang diturunkan oleh Allah dan berjihad di jalan Allah.
Dahulu protes kaum Muslimin adalah dalam bentuk gempuran tentara terhadap benteng-benteng kaum salib. Demonstrasi mereka adalah berupa pukulan yang menghancurkan kepala orang-orang yang melampaui batas itu. Pidato membakar kaum Muslimin adalah teriakan takbir di medan pertempuran. Dan mimbar dimasukkan ke masjid al-Aqsa hanya pada saat pembebasannya, bukan di bawah pendudukan. Mereka menolong Allah maka Allah menolong mereka.
إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (QS al-Hajj [20]: 40)
Langgan:
Ulasan (Atom)